Assalamuaikum.. Edisi membuat kueh butir nako.. Boleh tahan juga cara membuat dia. Kali pertama kata kan..
Air kapur sireh untuk di campur sedikit dalam tepung untuk wat bebola butir nako.
Daun pandan yang di hiris dan di blender kan dia menjadi air .. Lepas tu tampis ambil air sahaja untuk di gaulkan dengan tepung beras pulut sehingga sebati dan baik punya.
Selepas di rebus.. Banyak juga hasil dia
Bawang yang di hiris halus untuk di masukkan sekali santan, halba, sesikit gula dan garam.. Yang penting Halba jangan banyak sangat.. Kan jadi lain pula..
Akhirnya siap juga menu ujikaji semalam..