January 27, 2011

PSP baru

Salam semua, apa khabar semua, hi semua. wah, new generation portable (nama psp baru) dah kuar.. Sangat menarik betul.. Boleh menabung utk beli ni.. la la la~..



rymie zala

Jalan2 2TB

Salam semua, apa khabar semua, hi semua. Ni gambar gi makan kat bandar kuching pada tengahari gitu (12.00tghari).. la la la (MCD) happy meal... (^____^)



Ni gambar member yang excited sangat dpt pegang mp3 baru dia.. Memang poyo betul... ha ha ha.. lawak pun ada... la la la~



Selepas gi makan kat mCD tu, pergi seberkas.. Berkenaan pada sesuatu, tapi bukan manusia ye.. Ni adalah hdisk tahu.. la la la~..



rymie zala

January 26, 2011

Kucing

Salam semua, apa khabar semua, hi semua. Mmmmmeeeeeooooorrr mmmmmmeeeeooorr... hihi.. Semalam masa nak gi library(cais) dalam pukul 7.20mlm, tiba-tiba hujan turun dengan lebat nya, tpaksa tukar planning pegi library kepada makan dahulu. Selepas habis di cafe, terjumpa lah seekor kucing cute mute ni..



Masa jumpa kucing ini, terus culik bawa balik ke bilik gitu. Saja2 culik je, masa culik tu kucing ni, Bagi lah dia makan, lepas kenyang, lepas balik kucing ni. Saja buang tabiat gitu... la la la~....



Selepas lepas kan kucing. Hujan dah bhenti, jadi pergi ke library (cais) sampai kul 12mlm gitu.. la la la~..


rymie zala

Permandangan

Salam semua, apa khabar semua, hi semua. Hari ni menulis pasal permandangan. hihi.. Ini gambar di ambil masa baru balik dari fakulti semalam. Masa balik sempat lagi ambil satu dua gambar. Biasa lah penat berjalan kata kan... hihi...



Semasa balik dari fakulti semalam, merentasi jambatan bgantung gitu, ok lah, buleh tahan lah jambatan. Jambatan ini mengingat sesuatu ketika la la la~... hehe.. Ayat suspen sikit..



rymie zala

January 25, 2011

Bas oh bas

Salam semua, apa khabar semua, hi semua. Hari ni menulis pasal bas sikit. Benda paling benci adalah bas untuk pergi tempat belajar. Bukan benci, sebab dia punya perkhidmatan memang lembat pada masa di tetapkan.

Dah semalam cuba tunggu bas, tunggu dari kul 11.15pagi gitu, bas sampai sana dalam pukul 12.15tghari gitu, mmg lambat. aish, tak best langsung, baik jalan kaki kaki je lebih senang, jimat masa gitu. Benda nak jadi camtu nak camne lagi, dah tpaksa dah.



rymie zala

Senyap

Salam semua, apa khabar semua, hi semua... Hari ini nak menulis cerita pasal senyap. Orang selalu cakap kalau senyap itu lebih baik. Tapi kalau senyap sangat tak boleh juga, dah jadi macam orang bisu pula.

Nak senyap pun perlu btempat juga, tak boleh senyap macam itu sahaja, itu kes bahaya juga. Tapi kalau ada sebab mungkin boleh terima.
1. Fokus pada belajar.
2. Lari dari orang.
3. Tenang kan fikiran.





rymie zala

January 24, 2011

Sudah Tiba Masa

Salam semua, apa khabar semua, hi semua... Sudah tiba masa untuk bhenti bermain internet terutama FB dan YM untuk sementara ini. Ini ada cadangan supaya dapat fokus betul pada belajar, tak nak main-main lagi, cukup lah setakat dulu yang kuat betul main-main. Masa itu berlalu dengan pantas, tanpa kita sendiri.

Bila perlu, baru lah buka FB dan YM. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan nya. Jikalau tak berusaha tiada guna nya juga..

Sekali pandang ke hadapan, jangan lah pandang ke belakang lagi. Terus lah ke hadapan sehingga ke penghujung terakhir. (Forward and forward until the last chapter in life)..



rymie zala

January 23, 2011

Hari paling tak best semalam..

Salam semua, apa khabar semua, hi semua... Semalam adalah hari yang tak best sekali dalam sejarah dunia camtu.. Dah separuh tempat kat belajar tak ada eletrik dalam kul 10pagi-10malam.. Entah apa dah, mmg teruk.. Dah tak ada letrik, conform tak ada internet juga.. Macam apa dah.

6.00pagi: Bangun Pagi
10.00pagi: Tputus semua talian dah
11.00pagi: Mencari makanan dlm kampus, sekali tutup dah, hampes..
11.30pagi: Mencari makanan kat luar kampus...
12.00pagi: Pergi ke bandar sbb tak tahu nak buat apa kat dalam kampus, macam zaman dinosour dah..
01.00tghari: Layan cerita wayang "Paranormal activity 2", ok lah, bagi 2/5 bintang gitu, kira kategori cerita paling slow nak mampus. Dah lah duduk dalam wayang macam haram.. Ada org yang kat belakang menjerit macam org kena rasut hantu, tak boleh fokus pada cerita tu. Rasa nak lempang orang tersebut. Dah lah yang menjerit bukan perempuan, lelaki menjerit, macam hampes betul.



04.00ptg: Balik ke kampus. Tiba-tiba kejadian tak di ingini berlaku... waaaa.. huhu.. tayar motor bocor lah pula. Lagi letih menolak motor nya. Akhir jumpa kedai tak jauh dari tu, kedai buka, tapi tak ada mekanil dah. Akhir nya, buat keputusan buka sendiri tayar tersebut, makan masa 1jam 30minit juga, macam main bola lah tu. Kali pertama buat kerja yang tak sepatutnya, mmg letih, sampai kat kampus dah macam zombie..
6.00ptg: Sampai Kampus..
11.00Mlm: Dah pengsan... la la la~



ini gambar member yang pergi sekali.. la la la~

rymie zala

January 22, 2011

Masa

Salam semua, apa khabar semua, hi semua...

Boleh kah masa itu di undur kembali???...
Jikalau lah masa itu boleh di undur kembali, apakah korang akan buat masa itu, mesti mahu menukar apa yang berlaku masa itu kan. Menukar benda yang tak bagus masa dulu. Tapi itu ada angan-angan sahaja.

Tapi tak mustahil jika mesin merentas masa di buat. Tapi memakan juga untuk membuat nye. Jikalau lah ada mesin cam cerita "Back to the future" ada masa ini, conform senang balik masa silam dan masa depan kan, mmg best camtu... la la la la~




rymie zala

Sempurna



Salam semua, apa khabar semua, hi semua... Tak tahu nak post apa hari ni.. Hari ini nak tulis mengarut sikit.. Mood di luar kawalan kata kan..

Dalam kehidupan ini, tiada yang sempurna pun..
Tapi sekurang-kurang nya agak lah diri sendiri sempurna walaupun di mata orang lain yang nilai kita dia kata kita tak sempurna..

Bersyukur lah apa yang kita..
Life must go until the last chapter in life...

Gambar kat atas main letak saje, letak utk cukup syarat kata kan...



rymie zala

January 9, 2011

PHP - Upload/Download FILE

Salam semua, apa khabar semua, hi semua... Jom belajar guna PHP macam mana nak upload file guna website sendiri dlm server kata kan... ho ho..

Code untuk upload file:
//$upload=$md5c;
$target_path = "upload/".$_FILES['uploadedfile']['name'];
//$target_path ="upload/".$upload.$_FILES['uploadedfile']['name'];
$target=$upload.$_FILES['uploadedfile']['name'];
move_uploaded_file($_FILES['uploadedfile']['tmp_name'],$target_path);


Gambar kat bawah gambaran upload/download file mengikut step-by-step..





Ni link untuk coding penuh untuk buat download/upload guna PHP.. Selamat mencuba... ho ho


rymie zala

Dinosour

Salam semua, apa khabar semua, hi semua... Tak tahu nak post apa hari ni.. Hari ini nak tulis mengarut sikit.. Mood di luar kawalan kata kan. Tak idea nak tulis apa-apa hari ini. Main tulis saja. ha ha ha.. Cuba tiba masa nya masuk balik ke zaman dinosour, he he.. Kepada org tak bkenaan di larang join sekali masuk zaman dinosour. Bulan ini nak kurang penggunaan FB dan YM bukan apa, nak lari dari org.. Padahal malas nak buka kata kan... Apa-apa je lah, janji hidup bebas tanpa tekanan.. Smile always....

Gambar bawa tu di ambil dekat google rasa2 nya. Main letak je. ho ho ho


January 7, 2011

Mmmeoow always right

Salam semua, apa khabar semua, hi semua... Tak tahu nak post apa hari ni.. Ni kucing betul atau tak ye?... hehe... Comel kan... (^_^)//


January 2, 2011

Tahun Baru 2011

Salam semua, apa khabar semua, hi semua... Tak tahu nak post apa hari ni.. Sekarang dah tahun baru 2011.. Pejam celik sudah tahun baru, rasa macam sekejap saja.. Dari kecil sampai besar, dari besar sampai tiada.. Hanya yang MAHA KUASA yang menentukanNYA..

Tahun baru, azam pun kena baru..
Berubah demi waktu dan peredaran sekitar..



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers